fb fb fb fb fb

Polis Muar cari Siew Weng Hong

(Siew Weng Hong)

Muar, 23 Mei- Polis Daerah Muar sedang mengesan seorang lelaki bernama Siew Weng Hong bagi membantu siasatan kes dadah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, Weng Hong, 36, dikehendaki sebagai saksi penting bagi perbicaraan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Alamat terakhir lelaki itu adalah di Nombor 27, Jalan Indah 22/22, Taman Bukit Indah, Johor Bahru," katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Aslina Maulud menerusi talian 019-2882754 atau 06-9564800.

 (Siaran media Polis Daerah Muar)

Media Baharu