fb fb fb fb fb

Polis Kuala Lumpur tingkat kawalan SOP sempena Ramadan

(Azmi Abu Kassim bercakap kepada pemberita hari ini)

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Menjelang bulan Ramadan, Polis Kuala Lumpur akan mempertingkat kawalan Prosedur Operasi Standard (SOP) di sekitar ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata pemantuan kawalan SOP itu dibuat di masjid, surau, pasar raya serta bazar Ramadan.

"Pegawai-pegawai kita akan terus memantau pergerakan masyarakat khususnya warga Kuala Lumpur di mana bukan sahaja di masjid, surau tetapi juga di bazar Ramadan yang akan dibuka oleh pihak berkuasa tempatan.

"Ini untuk kita pastikan masyarakat khususnya warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumput terus mematuhi SOP, mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka," katanya selepas merasmikan Kempen Derma Darah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

(Azmi meninjau perjalanan Kempen Derma Darah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur)

Beliau memberitahu, jumlah anggota yang akan terlibat dalam penugasan SOP berkenaan masih dalam perbincangan serta belum diputuskan.

Dalam pada itu, bersempena dengan Kempen Derma Darah yang dijalankan, polis Kuala Lumpur turut menyasarkan 300 pegawai dan anggotanya menderma darah sebanyak tiga kali setahun dengan kerjasama Pusat Darah Negara.

Media Baharu