fb fb fb fb fb

Polis KL tawar diskaun 50% saman trafik

(Infografik JSPT KL)

KUALA LUMPUR, 8 Januari- Polis Kuala Lumpur menawarkan diskaun sebanyak 50% bagi saman trafik bermula 10 hingga 12 Januari depan.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur memaklumkan diskaun berkenaan hanya diberikan kepada individu yang membuat pembayaran secara fizikal di Balai Trafik Jalan Tun H S Lee pada tarikh yang ditetapkan sahaja.

"Diskaun berkenaan ditawarkan bagi semua jenis saman kecuali sembilan saman iaitu saman yang tidak boleh kompaun (NC), berstatus perbicaraan, berkaitan kenderaan berat, ubah suai ekzos, potong Q, kemalangan, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan langgar lampu merah.

"Ia ditawarkan mulai 10 hingga 12 Januari ini bermula pukul 8.30 pagi hingga pukul 4.30 petang di Balai Trafik Jalan Tun H S Lee.

"Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau kad debit/kredit bagaimanapun pembayaran tunai digalakkan bagi mengelak masalah (terminal debit/kredit) semasa pembayaran," menurut kenyataan.

JSPT Kuala Lumpur memaklumkan, diskaun saman hanya diberikan ke atas saman yang dikeluarkan di seluruh negara oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja dan tidak melibatkan saman dari agensi penguatkuasaan lain.

"Orang awam yang ingin melakukan pembayaran perlu membuat semakan saman terlebih dahulu kemudian pindaan saman dan seterusnya pembayaran saman," katanya.

 (Foto FB JSPT KL)

 

 

Media Baharu