fb fb fb fb fb

Polis Kelantan tidak tolak warga dua kerakyatan cuba mengundi

(FOTO RTM)

KOTA BHARU, 12 Julai- Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan ada individu dari negara jiran yang memiliki dua kewarganegaraan akan masuk ke negeri itu untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke-15) nanti.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, polis Kelantan bakal meningkatkan pemantauan bagi memastikan tiada pengundi yang menggunakan dua kerakyatan.

Katanya, tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pengundi yang berbuat demikian.

"Kita pastikan pengundi itu layak dan berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Polis hanya membantu bagi memastikan pengundian berjalan lancar", katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini.

Dalam pada itu,Muhammad Zakimenjelaskan kawalan sempadan di negeri berkenaan akan diperketatkan terutamanya pada PRU DUN ke-15 nanti.


(Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun)

Media Baharu