fb fb fb fb fb

Polis Kelantan beri amaran, hanya jual mercun diluluskan

(Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat bercakap pada sidang media)

KOTA BHARU, 4 April - Polis Kelantan mengingatkan para peniaga di bazar Ramadan di seluruh negeri itu supaya hanya menjual mercun yang diluluskan sahaja.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi memantau aktiviti terbabit di sekitar bazar Ramadan.

Katanya, beliau turut mengarahkan pemantauan di sempadan Malaysia-Thailand turut dipertingkatkan berikutan dikhuatiri terdapat usaha bagi menyeludup mercun yang terlarang ke negara ini.

"Di bawah akta bahan letupan semua dah ada termaktub, saya rasa mereka pun dah tahu tidak boleh (jual mercun dilarang), cuma kadang-kadang sifat peniaga dia sembunyi-sembunyi, tapi jangan sembunyi daripada polis, polis ini ada kaedah, ada cara ntuk kita tangani," kata beliau pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis dan Majlis Serah terima Tugas Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini.


(Gambar fail)

Mengulas lanjut beliau berkata, polis tidak pernah mengeluarkan permit bagi mengeksport mercun dan bunga api ke negara jiran.

Shafien berkata, pemantauan secara dalam talian oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial turut digerakkan bagi memantau laman web yang dikhuatiri diguna pakai oleh sindiket berkaitan penjualan mercun dan bunga api yang menyalahi undang-undang.

Media Baharu