SUNGAI PETANI, 2 Mac-Polis Kedah memburu seorang ketua kumpulan “Geng Faizal” dipercayai terlibat dengan kes pecah premis kerajaan, premis kedai dan rumah kediaman disini.
Ia susulan tertangkapnya dua ahli kumpulan itu dalam Op Bersepadu Khas bermula 10 Februari lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Suprintenden Anuar Abdul Rahman berkata suspek dikenali Mohamad Shahrizal Sarif, 29 tahun, beramat di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang.
"Pihak polis masih lagi mencari seorang bernama Shahrizal Sarif atau Rizal untuk "Geng Faizal" dikehendaki kerana pecah rumah di premis sekitar gunaan kerajaan di MRSM Merbok, LHDN dan premis sekitar bandar Sungai Petani", ujar Anuar.
Kumpulan”Geng Faizal” aktif menjalankan kegiatan pecah premis kerajaan sejak 6 bulan lalu.
Hasil siasatan mendapati kumpulan itu memecah masuk di dua premis kerajaan dan tiga kes pecah rumah melibatkan kerugian anggaran RM26,000.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di Sungai Petani.
(Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Suptrintenden Anuar Abdul Rahman/Foto RTM)