fb fb fb fb fb

Polis Johor tahan lelaki berkelakuan tidak senonoh

KLUANG, 22 September - Lelaki dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam, berjaya ditangkap di Taman Intan, di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner (ACP) Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 34 saat, memaparkan kejadian tidak senonoh itu, yang berlaku pada pukul 1.00 pagi di Taman Delima, di sini pada 17 September lalu.

Suspek, 21 tahun didapati tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan ujian air kencing ialah, negatif.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkan kepada balai polis berhampiran.

(Tangkap layar perlakuan tidak senonoh lelaki berusia 21 tahun)

Media Baharu