fb fb fb fb fb

Kerjasama semua rakyat diperlukan majukan negeri dan negara

SANGLANG, 22 September- Semua rakyat mesti saling bekerjasama mendukung dan merealisasikan wawasan negeri dan juga negara demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah "tiada sesiapa pun perlu tercicir ke belakang kerana setiap rakyat berhak menikmati faedah dari pembangunan negeri dan negara.

"Setiap individu wajib memainkan peranan aktif, mengambil inisiatif dengan kreatif untuk merebut segala peluang yang wujud hasil pelaksanaan pelbagai dasar pembangunan negeri dan negara," demikian titah baginda ketika berkenan berangkat menyempurnakan kayuhan Program Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli di Masjid Al-Maghfirah, Kepala Batas Pauh di sini.

Raja Muda Perlis turut berkenan emnyantuni tiga asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid dan menyampaikan agihan zakat MAIPs seperti sekampit beras fidyah dan sekotak bahan makanan mentah.

(Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyantuni tiga asnaf di Kepala Batas Pauh)

Media Baharu