fb fb fb fb fb

Pertemuan empat syarikat gergasi, tarik pelabur ke Malaysia

NEW YORK, 22 September- Usaha untuk menarik pelabur ke Malaysia diteruskan dengan pertemuan empat syarikat gergasi iaitu Google, Boeing, Medtronic dan Siemens Healthineers.

Kesemua mereka menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi dan perniagaan di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "Kerajaan Perpaduan akan memudahcara serta menggalak pelaburan selain memastikan Malaysia menjadi destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara."

Selain itu, Anwar turut mengadakan perjumpaan bersama-sama ahli ekonomi terkenal daripada Universiti Columbia yang juga pemenang Anugerah Peringatan Nobel dalam bidang ekonomi Profesor Joseph Stiglitz.

Kesempatan itu turut dimanfaatkan untuk bertukar-tukar pandangan berkaitan keperluan ekonomi negara membangun agar diberi peluang lebih saksama, khususnya dalam persekitaran ekonomi dunia yang semakin mencabar. 

Idea perbincangan akan dimanfaat untuk mempertingkatkan potensi ekonomi negara.

Anwar turut berkesempatan bertemu dengan Duta Khas Presiden Amerika Syarikat Mengenai Iklim, John Kerry. 

Perbincangan itu menyentuh pelbagai isu berkaitan alam sekitar, tenaga boleh baharu dan perubahan iklim yang kian meruncing.

Perdana menteri turut menyampaikan hasrat Malaysia untuk terus bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat bagi mengekang perubahan iklim dan kesan-kesannya ke atas alam sekitar serta kesihatan manusia.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan empat syarikat gergasi di New York)

Media Baharu