fb fb fb fb fb

Polis Johor nafi rakyat Malaysia samun rakyat Singapura dalam video tular

JOHOR BAHRU, 3 April- Polis Johor menafikan kejadian rakyat Malaysia menyamun dan mencederakan rakyat warga Singapura, di Johor seperti yang tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dalam kenyataannya memberitahu video dan gambar itu pernah tular pada 2014 dan ditularkan semula.

Polis Diraja Malaysia, (PDRM) Bukit Aman juga sudah mengeluarkan kenyataan media berkaitan berita palsu ini pada 2 November 2021.

Hal ini, jelas Datuk Kamarul Zaman merupakan cubaan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai khususnya pelancong Singapura untuk datang ke Malaysia melalui Johor.


(FOTO PDRM)

Kesalahan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Orang ramai dinasihat tidak mudah mempercayai dakwaan diperoleh daripada sumber tidak sah yang menggunakan maklumat palsu.

Media Baharu