fb fb fb fb fb

Hotel di Melaka yang tiada persijilan Halal dilarang iklan bufet Ramadan

KLEBANG, 3 April- Penguasaha hotel di Melaka yang tidak mendapat persijilan halal diingatkan supaya tidak mengiklankan bufet Ramadan sehingga mengelirukan umat islam.

Tegas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat, pengusaha hotel dilarang menggunakan beberapa frasa perkataan seperti Bufet Ramadan, Iftar Ramadan, Jom Iftar, Citarasa Ramadan, Jom Berbuka, Set Ramadan, Ditanggung Halal dan Dijamin Halal dalam iklan bufet Ramadan mereka.

Katanya, setakat ini hanya 14 buah hotel yang mempunyai persijilan halal.

Justeru, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka bagi menangani isu berkenaan.

”Yang tidak memiliki sijil halal, larangan pengiklanan kepada mana-mana hotel yang tidak memiliki sijil halal tidak boleh gunakan terma itu kerana ayat itu sudah cukup, memperdaya pengguna, contohnya"Jom Iftar Bersama Hotel.., kalau ada cop halal kat bawah, memang tak boleh," kata Che Sukri.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Plastik Hitam Bersendawa di Klebang.

Dalam pada itu, JAIM mengenalpasti 80 lokasi panas “hotspot” yang dijadikan sebagai tempat mereka ponteng puasa dengan Daerah Melaka Tengah menjadi tumpuan.

Seramai 10 pengguatkuasa akan digerakkan setiap hari bagi menjalankan pemeriksaan.


(Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Datuk Che Sukri Che Mat)

Media Baharu