fb fb fb fb fb

Polis edar gambar 61 tahanan Rohingya yang lolos

BUKIT KAYU HITAM, 29 April - Polis akan mengedar gambar baki 61 tahanan pelarian Rohingya yang masih belum dijumpai setelah melarikan diri dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Relau Bandar Baharu, Kedah untuk memudahkan tangkapan dilakukan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata setakat ini pihaknya sedang menyiapkan kesemua gambar tahananan Rohingya terbabit sebelum diedarkan kepada media.


(Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad)

"Saya telah arahkan semalam dari segi siasatan dan sebagainya, memperkemas siasatan, gambar mereka akan dikeluarkan melalui akhbar atau media supaya orang ramai tahu wajah tahanan yang bolos dari depoh tersebut,” katanya.

Polis percaya kumpulan tahanan terbabit masih berada di negara ini berdasarkan maklumat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang memaklumkan mereka dikesan berada di Selayang, Selangor

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan di Markas Taktikal (MARTAK) Briged Utara PGA dan tiga pos kawalan di sempadan Malaysia Thailand di sini, hari ini.

Dalam kejadian 20 April lalu 528 tahanan Rohingya dari Depoh Tahanan Sementara Imigresen Relau merusuh dan melarikan diri.

Media Baharu