fb fb fb fb fb

Aspek keselamatan awam, fokus polis Perak sepanjang Op Selamat 18

IPOH,29 April- Aspek keselamatan dan kepentingan harta benda awam menjadi fokus utama Polis Perak sepanjang Ops Selamat 18 sempena Aidilfitri yang bermula hari ini sehingga 8 Mei depan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pelaksanaannya bagi memenuhi dua objektif utama.

Pertama bagi mencegah jenayah pecah rumah dan kedua bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama sepanjang musim perayaan.

"Sebab itu kita galakkan orang ramai yang nak pulang supaya isi borang maklumkan kepada balai berdekatan dengan rumah ataupun supaya ' team' rondaan kita akan ubah rondaan secara berkala dengan berpandukan kepada maklumat yang diisi oleh orang ramai yang meninggalkan rumah atau kampung halaman macam mana.

"Yang kedua meminimumkan kes kemalangan jalan raya terutamanya melibatkan kes kemalangan jalan raya. Pada tahun ini kita rasa macam tak tahu kita tengok kan setiap tahun bila ada musim perayaan masih ada kemalangan. Pada tahun ini kita berharap kita dapat menjimatkan kadar kemalangan lebih-lebih lagi kemalangan maut jalan raya," katanya.

Mior ditemui pemberita selepas melancarkan Ops Selamat 18 peringkat negeri di Plaza Tol Ipoh Selatan arah utara.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengingatkan orang ramai agar mengisi borang balik kampung bagi memudahkan pemantauan polis ketika mereka pulang bercuti.


(Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid (kiri) melancarkan Ops Selamat 18 peringkat negeri di Plaza Tol Ipoh Selatan arah utara)

Media Baharu