fb fb fb fb fb

Polis berjaya kesan pemandu guna lorong motosikal

Foto tangkap layar orang awam

NIBONG TEBAL, 21 Jun- Polis berjaya mengesan pemandu kereta yang memandu di lorong motosikal di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, tengah hari tadi.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.30 tengah hari di Kilometer 8.6 jambatan berkenaan, menghala dari Batu Kawan ke Batu Maung.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou.

Hasil siasatan awal mendapati kereta terbabit dipandu oleh seorang wanita berusia 70 tahun.

Wanita berkenaan seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 0.06 saat di media sosial yang memaparkan sebuah kereta dipandu di lorong motosikal di jambatan berkenaan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM