fb fb fb fb fb

TUDM fokus pembangunan modal insan, selaras transformasi pertahanan dan CAP55

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan bercakap kepada pemberita selepas Upacara Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 86/24 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 66/24 di Kolej Tentera Udara, di Alor Setar

ALOR SETAR, 21 Jun - Kepimpinan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) perlu terus menekankan aspek pembangunan modal insan ddengan melahirkan anggota yang terlatih dan pakar dalam mengendalikan aset-aset baharu serta canggih, selaras dengan era transformasi pertahanan semasa.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan  Goriman Khan berkata, penekanan itu penting bagi meningkatkan keupayaan serta kesiapsiagaan anggota terhadap teknologi baharu yang kompleks, selaras dengan Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM, iaitu CAP55.
 
"Mempelajari teknologi baharu bukanlah sesuatu yang sukar, namun memerlukan disiplin dan kecekapan supaya setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan baik," katanya.

Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan bercakap kepada pemberita selepas Upacara Perbarisan Penyampaian Sayap Penerbangan Kursus Asas Penerbangan Siri 86/24 dan Kursus Asas Penerbangan Helikopter Siri 66/24 di Kolej Tentera Udara, di sini.
 
Seramai 27 pelatih terdiri daripada 12 juruterbang sayap kaku dan 15 juruterbang helikopter daripada Institut Penerbangan 1 (INSPEN 1) dan INSPEN 2 menerima sayap masing-masing.
 

TETITIA YUSOFF