fb fb fb fb fb

PM3 pendukung amalan lestari, pelihara sumber asli

(Produk yang dihasilkan Kilang Kertas 3, GSPP)

KUALA SELANGOR, 27 Oktober- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan Kilang Kertas 3 (PM3) GS Paperboard and Packaging (GSPP) Selangor di Mukim Tanjung 12, Banting, Kuala Langat, Selangor.

PM3 ialah sebuah projek yang bernilai RM1.2 bilion, yang lahir hasil dari perancangan jangka panjang GSPP untuk kekal teguh di tahun-tahun mendatang walaupun berhadapan dengan saingan yang semakin sengit di pasaran.

Teknologi pembuatan kertas yang canggih mampu mengeluarkan kertas berjisim ringan, berkekuatan tinggi dan berkualiti bagi menghasilkan kotak pembungkusan yang baik tanpa menjejaskan mutunya selaras dengan hasrat GSPP untuk memanfaatkan sumber semula jadi dengan lebih berkesan.

Sebagai pendukung kuat amalan lestari bagi memelihara sumber asli, GSPP juga percaya masa depan global yang lebih baik boleh dibina dengan memacu hasil lestari untuk komuniti, alam sekitar dan pelanggannya.

Sultan Sharafuddin kemudian berkenan melawat tapak pameran disediakan dan mendengar penerangan mengenai produk dihasilkan GSPP Selangor yang memulakan operasi bermula April lalu sebelum menandatangani plak dan melancarkan majlis berkenaan.

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Turut mengiringi baginda ialah Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pengerusi juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Oji Holding Corporation, Hiroyuki Isono.

(Sultan Sharafuddin kemudian berkenan melawat tapak pameran GSPP)

Media Baharu