fb fb fb fb fb

KPLB wujudkan pasukan petugas khas banci kerosakan akibat banjir

KUALA NERANG, 27 Oktober - Pasukan petugas khas, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melakukan bancian terhadap kerosakan yang berlaku akibat banjir.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata Ini termasuk jambatan dan jalan raya serta perkara yang terletak di bawah seliaan kementerian itu.

(Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid)

"Itu memang dibawah pemantauan kita, kita ada satu pasukan petugas khas yang kita tubuh di peringkat kementerian yang diketuai oleh Ketua Setiausaha sendiri untuk tengok di seluruh negara.

"Kita minta penduduk berwaspada dengan suasana musim sekarang ini dan harap dalam keadaan berjaga-jagalah...kalau ada arahan lanjut daripada pihak berkuasa elok kita keluar duduk di tempat lain buat sementara waktu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada penduduk terjejas banjir daerah Padang Terap di Kampung Perik, di sini.

Hujan berterusan bermula petang semalam mengakibatkan aras air sungai Janing meningkat mendadak dan melimpahi tebing.

Ini telah menyebabkan 76 penduduk dari Kampung Perik, Kampung Labi dan Kampung Bendang Raja terpaksa dipindahkan ke dua PPS di daerah itu.

Media Baharu