(Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang media selepas Majlis Penyerahan
Peranti Siswa di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor)
KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Penyandang kerusi Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menegaskan tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung keputusan bertanding di Parlimen itu, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini.
Beliau berkata, perkara itu, hanya akan diumumkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Abang Openg, selaku Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"Saya sudah tegaskan yang saya tidak akan megeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini, biarlah Premier kami membuat pengumuman, dia Pengerusi GPS, kami lain berlainan sedikit, kita taat dengan keputusan parti,"katanya
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Peranti Siswa di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.
Pada majlis sama, 4,187 pelajar UPM golongan B40 menerima Peranti Siswa.
(Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Majlis Penyerahan
Peranti Siswa di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor)