fb fb fb fb fb

PM zahir dukacita tragedi gempa Afghanistan, tanah runtuh Sudan

Foto Hiasan / Reuters

KUALA LUMPUR, 3 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap kejadian gempa bumi yang melanda Afghanistan sehingga meragut banyak nyawa serta meninggalkan keluarga dalam kesedihan dan kesusahan.

Beliau turut menyatakan rasa pilu apabila mengetahui tragedi tanah runtuh dahsyat di Sudan yang telah meragut lebih 1,000 nyawa.

“Bagi pihak Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah dan doa yang tidak putus-putus kepada semua keluarga yang kehilangan insan tersayang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Anwar menegaskan Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Afghanistan dan Sudan dalam menghadapi saat duka dan kesedihan ini.



MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN