fb fb fb fb fb

Malaysia mampu kembali sebagai gergasi ekonomi di rantau ini - PM

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan para hadirin selepas Konvensyen Nasional
Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini/ Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 14 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin barisan jemaah menteri bersama kementerian masing-masing mampu mengembalikan Malaysia sebagai gergasi ekonomi di rantau ini.

Jelas beliau, barisan jemaah menteri dan timbalan menteri ketika ini sudah membuktikan pecutan dalam menggerakkan agenda negara berasaskan tadbir urus yang baik dan bersih.

"Korea Selatan menunjukkan minat untuk melabur sekitar RM24 bilion melalui syarikat ternama seperti Samsung Engineering, SKC, Notingfy Chemical, Hyundai, Coway dan konsortium syarikat courier, China dalam kunjungan kita, ya betul yang dihebahkan kunjungan saya, tetapi yang tidak tercatat ialah kerja menteri-menteri dan kementerian-kementerian sebelumnya, bertungkus-lumus berminggu-minggu untuk mendapat catatan pelaburan tertinggi dalam sejarah, RM170 bilion, ini termasuk Geely-Proton yang akan memulakan pelaburan RM10 bilion di Automotif City di Tanjung Malim, ini ertinya 'good governance' (tadbir urus yang baik)," kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Konvensyen Nasional Kerajaan
Perpaduan 2023 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini/ Foto BERNAMA)

Tambah Perdana Menteri, antara kejayaan lain Kerajaan Perpaduan dalam tempoh enam bulan ialah menarik pelaburan digital dari Amazon Web Services jangka kini dan sederhana sebanyak RM25.5 bilion yang membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.

Menurutnya, kestabilan negara hari ini sudah mula menarik minat pelabur-pelabur asing.

Kecenderungan pelaburan asing ke negara ini sudah menampakkan petanda positif disebabkan kestabilan politik dan tadbir urus negara yang cekap.

Media Baharu