fb fb fb fb fb

PM ulangi ikrar perangi rasuah, salah guna kuasa

(Datuk Seri Anwar ketika berucap di Majlis Pelancaran Buku Adab Perbezaan Pendapat
Dalam Islam karya Dr. Taha Jabir Al-Alwani)

PUTRAJAYA, 4 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali mengulangi pendirian bahawa kerajaan pimpinannya tidak akan bertolak ansur dengan kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Tegasnya beliau akan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menyelamatkan negara.

"Saya bertekad insya-Allah diberikan kekuatan selagi saya diamanah sebagai pemimpin saya tidak akan izinkan amalan menteri-menteri termasuk menteri kewangan dan perdana menteri guna kuasa untuk meyakau.

"Yang lalu... boleh bercakap soal sejarah, ramai yang terpalit... susah cakap, kalau saya tahu dalam rekod hendak cari yang bersih.. susah, yang bercakap bersih ramai tapi yang menyakau terlalu ramai," kata Anwar ketika berucap di Majlis Pelancaran Buku Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam karya Dr. Taha Jabir Al-Alwani di sini.

Tambahnya beliau menyokong usaha bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak berhutang untuk memajukan ekonomi rakyat dan negara.

Bagaimanapun tegasnya hutang yang dibuat selepas itu adalah hanya untuk membangunkan projek mega yang berisiko membudayakan gejala "sakau menyakau".

(PM ulangi ikrar perangi rasuah, salah guna kuasa)

Media Baharu