fb fb fb fb fb

PM ucap takziah pemergian Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen

KUALA LUMPUR, 30 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Menteri Pertahanan, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Jalan Duta Kuala Lumpur pada pukul 8.43 malam tadi.

Perdana Menteri yang memuat naik ucapan takziah itu melalui Facebook mewakili keluarga Malaysia turut mendoakan keluarga allahyarham supaya tabah menerima kehilangan yang amat dirasai beliau sendiri dan negara.

(Ciapan takziah PM di facebooknya)

Jelasnya allahyarham bukan sahaja seorang tokoh yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan tetapi juga veteran UMNO yang sangat dihormati.

Selain Menteri Pertahanan pada tahun 1987 hingga 1990, antara jawatan lain yang pernah disandang allahyarham dalam kerajaan termasuk Menteri Hal-Ehwal Luar Negara, Menteri Perdagangan dan Industri serta Menteri Penerangan.

Dalam arena politik, allahyarham yang dikenali sebagai Ku Deen pernah menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Media Baharu