KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada seluruh kerabat diraja Kedah susulan kemangkatan kekanda kepada Sultan Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
"Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, serta seluruh Kerabat Diraja atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Datuk Seri Tunku Sakinah binti Almarhum Sultan Badlishah.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhumah Yang Teramat Mulia dalam kalangan para solihin," kata Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di Facebook.
Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Bakar Din dalam satu kenyataan memaklumkan Tunku Sakinah mangkat pada usia 95 tahun di Villa Seri Tunku, Alor Setar, Kedah pada pukul 6.35 pagi.
Jenazah Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Langgar.