KUALA LUMPUR, 17 Ogos- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, hari ini.
Menurut kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim, pertemuan yang diadakan di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur itu bagi menyembah maklum tentang isu-isu semasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keselamatan.
Dalam sesi mengadap itu, Datuk Seri Mohd Khalid turut diiringi Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ibrahim Darus dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) PDRM, Datuk M. Kumar.
"Ia merupakan pertemuan pertama bagi Datuk Ibrahim dan Datuk Kumar sejak memulakan portfolio baharu masing-masing dalam PDRM," kata kenyataan itu.