fb fb fb fb fb

PM ucap takziah kepada keluarga tokoh penggerak wanita PKR

Almarhumah Norol Ashikin Mahammud/ Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Oktober - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tokoh penggerak wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Norol Ashikin Mahammud yang meninggal dunia pagi tadi.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, pemergian Norol Ashikin sebagai antara tokoh penggerak wanita PKR di Shah Alam ternyata meninggalkan bekas yang mendalam terutama kepada wanita dan penggerak parti.

"Takziah kepada keluarga Almarhumah Norol Ashikin Mahammud atas kehilangan Almarhumah tercinta.

"Mendoakan Almarhumah diberi tempat yang istimewa olehNya serta keluarganya dikurniakan kekuatan dan kecekalan yang teguh dalam menempuh ujian Yang Maha Esa,” katanya menerusi catatan di Facebook.

TETITIA YUSOFF