fb fb fb fb fb

PM ucap takziah kepada keluarga mendiang Gopal Sri Ram

(Tangkap layar Twitter @anwaribrahim)

KUALA LUMPUR, 29 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Pendakwa Raya Kanan yang juga peguam, Datuk Seri Gopal Sri Ram yang meninggal dunia hari ini, pada usia 79 tahun.

“Takziah kepada keluarga mendiang Datuk Seri Gopal Sri Ram atas pemergian mendiang.

"Semoga urusan keluarga dipermudah dan keluarga kuat serta cekal berdepan khabar duka ini,” kata perdana menteri menerusi perkongsian di Twitter rasmi.

Bernama melaporkan, Sri Ram dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di sini, minggu lepas kerana jangkitan paru-paru dan mendiang meninggal dunia pada pukul 12.15 tengah hari tadi di hospital berkenaan.

(Gopal Sri Ram/BERNAMA)

Media Baharu