fb fb fb fb fb

Banjir: Tiga PPS ditutup, 30 masih beroperasi di Johor

 (Foto FB APM BATU PAHAT)

JOHOR, 29 Januari- Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor ditutup, menjadikan 30 PPS masih beroperasi di negeri itu, setakat pukul 2.00 petang tadi.

Penutupan tersebut melibatkan satu PPS di Muar dan dua di Segamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam kenyataannya memaklumkan, Mersing mencatatkan jumlah penduduk terjejas paling ramai yang ditempatkan di tujuh PPS iaitu 975 orang, diikuti Kluang mencatatkan 422 orang yang berlindung di tiga PPS.

Batu Pahat pula merekodkan 736 orang di tujuh PPS, Kota Tinggi merekodkan 420 orang di lapan PPS, Segamat merekodkan 92 orang di empat PPS, manakala Tangkak masih membuka satu PPS yang menempatkan 15 orang.

(Foto FB Apm Kluang)

Media Baharu