fb fb fb fb fb

Pancutan air berirama, pencahayaan bakal meriahkan sambutan Hari Wilayah

KUALA LUMPUR, 29 Januari- Sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini diwarnai dengan pertunjukan pancutan air berirama dengan pencahayaan di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar menerusi kenyataan berkata, persembahan formasi muzikal ini dianjurkan dengan kerjasama strategik pihak DBKL, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan, KLCC Holdings Sdn Bhd, The Gardens KL & Pavilion Kuala Lumpur.

"Penganjuran program ini dapat menceriakan lagi Wilayah Persekutuan di samping menambahkan rasa cinta dan sayang kepada Wilayah Persekutuan kita.

"Formasi Muzikal Air Wilayah Persekutuan ini sesuai untuk aktiviti riadah bersama keluarga sekali gus menggalakkan aktiviti pelancongan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan", kata kenyataan itu.


(Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan,
Datuk Seri Hajah Rosida Jaafar)

"Orang ramai khususnya warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan boleh mengambil peluang beriadah di KLCC Lake Symphony Fountain, Crystal Fountain Pavilion Kuala Lumpur, The Gardens KL Fountain, Kolam Biru River Of Life (Jalan Leboh Pasar Besar), Air Pancut Tasik Putrajaya di Presint 2 dan Bulatan Marlin, Jalan Merdeka di WP Labuan tanpa sebarang caj bayaran.

Pertunjukan Formasi Muzikal Air Wilayah Persekutuan ini bermula 8.00 malam hingga 10.00 malam pada 1 hingga 28 Februari 2023.

Program pencahayaan turut diadakan pada 30 Januari hingga 2 Februari 2023 melalui pemasangan lampu secara 'festive mood' di semua premis dan bangunan di Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur.

Media Baharu