fb fb fb fb fb

PM ucap takziah atas pemergian Mufti Besar Arab Saudi

FACEBOOK Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 September- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan dukacita mendalam atas pemergian Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Abdulaziz Abdullah Al-Sheikh yang meninggal dunia semalam pada usia 82 tahun.

Beliau berkata, seluruh umat Islam di Malaysia turut berkongsi kesedihan atas kehilangan seorang ulama besar yang banyak berjasa kepada dunia Islam menerusi ilmu dan hikmahnya.

"Mewakili rakyat Malaysia, saya menzahirkan simpati dan takziah buat seluruh warga Arab Saudi serta umat Islam di seluruh dunia yang pastinya menangisi pemergian besar ini," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Sheikh Abdulaziz dan menempatkannya bersama para anbiya’ dan solihin.

"Al-Fatihah."

SITI AISHAH BINTI MD ISA