fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah atas kejayaan Tunku Abdul Rahman, Tunku Abu Bakar di GT World Challenge Asia

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan ucapan tahniah kepada Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim atas kejayaan cemerlang merangkul tempat pertama dalam perlumbaan kedua GT World Challenge Asia berlangsung hari ini.

Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di Facebook turut menyatakan ucapan tahniah kepada Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim yang berjaya menamatkan perlumbaan pertama semalam di kedudukan ketiga.

"Ucapan tahniah turut dizahirkan kepada YAM Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim yang berjaya menamatkan perlumbaan pertama semalam di kedudukan ketiga," kata kenyataan itu.

Tambah Perdana Menteri, kejayaan tersebut bukan sahaja membanggakan rakyat Johor, malah memperlihatkan daya saing serta semangat juang tinggi anak muda negara di pentas perlumbaan antarabangsa.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM