fb fb fb fb fb

PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai

(FB Anwar Ibrahim)

PUTRAJAYA, 31 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak yang menyambutnya dengan penuh meriah setiap tahun.

Kedua-dua perayaan itu disambut bagi menzahirkan rasa syukur dan gembira atas rezeki yang melimpah ruah serta hasil tuai yang bertambah.

"Dalam kesempatan yang sama, saya ingin menyatakan penghargaan kepada sekumpulan masyarakat Borneo yang baru-baru ini berarak dalam pakaian tradisional mereka di ibu kota dalam usaha mengetengahkan serta menggariskan budaya masyarakat Borneo yang tentunya membentuk aspek kepelbagaian budaya di Malaysia," menurut catatan Facebook beliau.

Tambah beliau, usaha memberi kefahaman dengan tujuan menjelmakan rasa cinta dan kasih sayang serta memperkukuh kerukunan semestinya terus didukung.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak.

(PM ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan, Hari Gawai)

Media Baharu