MELAKA, 31 Mei - Kementerian Kesihatan (KKM) komited memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023, akan dibentangkan pada minggu pertama Persidangan Parlimen, awal Jun ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata, pembentangan itu penting berikutan melalui tinjauan yang dijalankan Institusi Kanser Negara (IKN) menunjukkan peningkatan jumlah pengunaan vape yang ketara iaitu daripada 9.8 peratus kepada 14.9 peratus bagi tempoh 2017 hingga 2022.
Katanya, RUU yang telah ditambah baik dan bakal dibentangkan ini mendapat sokongan daripada semua ahli kabinet menerui sesi libat urus melibatkan semua ahli parlimen kerajaan dan pembangkang yang dijalankan sebelum ini.
Katanya, sesi libat urus ini juga tidak hanya melibatkan ahli parlimen malah mengambil pandangan pengiat industri vape dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) sebelum ia dibentangkan.
"Buat masa ini memang ada kekangan, lompongan dimana tiada sebarang petundangan ataupun peraturan yang dapat diikuti oleh pengusaha vape ini dan kita tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasa dan memberikan tindakan ataupun hukuman kod penyalahgunaan vape ini. Jadi RUU ini sangar t penting untuk kita membolehkan kita menutup kelompongan atau lakukana ini. RUU ini adalah rang undang-undang kawalan merokok tembakau dan juga kompenen dan yang kedua vape la daripada draf asal ini kita telah menambahbaik lagi", kata Lukanisman di sini.
(Lukanisman ketika berucap merasmikan
Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan di Dewan Hang Tuah, di sini)
Katanya, pihaknya akan memberi komitmen tinggi pada persidangan berkenaan kerana banyak kertas-kertas penting akan dibawa dan menunggu kelulusan kabinet.