KUALA LUMPUR, 16 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada seluruh warga pendidik dan para guru yang gigih membina bangsa.
Beliau berkata dalam konteks membentuk masa depan anak bangsa, komitmen, peranan dan dukungan para guru adalah yang paling terpenting.
"Namun, usah dikesampingkan suatu fakta bahawa sistem pendidikan negara harus dipertingkat agar kita dapat memastikan akses yang sama dalam meraih ilmu pengetahuan serta tingkat moral yang tinggi.
"Melahirkan anak bangsa yang berjaya adalah dambaan semua, tidak hanya di pihak pembuat kebijakan", katanya menerusi hantaran di facebook.
"Justeru, jutaan penghargaan kepada guru-guru, dan negara ini perlukan kebersamaan kalian terutamanya dalam usaha mewujudkan generasi penerus yang madani dan berketerampilan.
Bagi sambutan Hari Guru tahun ini, Kementerian Pendidikan mengangkat tema ‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI’ dengan sambutan peringkat kebangsaan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan (SASICC), Pahang, hari ini.