fb fb fb fb fb

KTB Kg Bohol diwarta semula dengan kawasan lebih besar

Sesi taklimat berkaitan kolam takungan banjir (KTB) Kampung Bohol di bangunan Biro Pelancongan Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 16 Mei- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dakwaan status rizab kolam takungan banjir (KTB) Kampung Bohol bersebelahan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dibatalkan untuk pembangunan perumahan adalah tidak benar.

Sebaliknya, beliau menegaskan proses itu bagi membolehkan pewartaan semula meliputi kawasan yang lebih besar.

Kerajaan juga memberi jaminan bahawa tiada pembinaan di sekitar kawasan rizab itu sehingga projek menaik taraf kolam berkenaan siap sepenuhnya.

Zaliha berkata, beliau berharap projek naik taraf KTB Kampung Bohol bernilai RM40 juta dapat dilaksanakan secepat mungkin sebelum peralihan kepada musim tengkujuh pada penghujung tahun yang dijangkakan membawa risiko banjir.

"Kami memahami kebimbangan penduduk sekitar kawasan itu... kami akan memastikan projek ini dapat disegerakan dan siap dalam tempoh lima hingga enam bulan," katanya selepas menghadiri sesi taklimat berkaitan KTB di bangunan Biro Pelancongan Kuala Lumpur di ibu negara.

Menurut Timbalan Pengarah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Mohd Firdaus Ibaruslan, KTB sedia ada hanya boleh menampung sebanyak 150,000 meter padu air.

Selepas kerja naik taraf kolam takungan tersebut, keluasannya akan bertambah kepada 63.45 ekar dengan kapasiti 1.13 juta meter padu air berkedalaman enam meter.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI