fb fb fb fb fb

PM tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 1,000 jemaah

KUALA LUMPUR, 10 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan bersama lebih 1,000 jemaah.

Beliau yang lengkap berbaju Melayu berwarna biru tiba di pekarangan masjid pada pukul 8.05 pagi.

Sejurus tiba, Datuk Seri Ismail Sabri masuk ke dalam masjid dan mengisi ruang di barisan saf hadapan bagi menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Penolong Pengarah Kanan Masjid Wilayah Persekutuan, Dr Khalid Isa.

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Wilayah Persekutuan / Foto BERNAMA)

Setelah selesai solat, Perdana Menteri mendengar khutbah yang disampaikan Imam Besar Masjid Wilayah Persekutuan, Rozimi Zamri bertajuk 'Berkorban Untuk Kejayaan'.

Datuk Seri Ismail Sabri turut meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah yang hadir sebelum meninggalkan perkarangan masjid kira-kira pukul 9.15 pagi.

Media Baharu