fb fb fb fb fb

PM tiba di Riyadh, hadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN dan GCC

(FOTO PMO)

RIYADH, 20 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertama ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Khalid pada pukul 8.15 malam waktu tempatan, kira-kira pukul 1.15 pagi waktu Malaysia.

Ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut Timbalan Gabenor Riyadh, Putera Mohammed bin Abdulrahman bin Abdulaziz.

Turut sama menyambut beliau Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Riyadh menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Pemimpin ASEAN-GCC di Hotel Ritz-Carlton.

Perdana Menteri dijadual menyampaikan ucapan yang antaranya mengetengahkan konflik semasa Israel-Palestin.

Semasa lawatan kerja dua hari itu, Datuk Seri Anwar dijadual mengadakan perbincangan dengan syarikat Aramco dan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi.

Selain itu, beliau juga akan bertemu dengan rakyat Malaysia yang tinggal dan bekerja di Riyadh.

Perdana Menteri turut dijadual menghadap Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman pada Sabtu bagi membincangkan lebih lanjut isu Palestin dan hubungan dua hala.

Arab Saudi merupakan rakan dagangan terbesar Malaysia di rantau Asia Barat dengan nilai perdagangan dua hala berjumlah AS$10.26 bilion direkodkan pada 2022.

(FOTO PMO)

Media Baharu