KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Pengenalan kenderaan elektrik (EV) mampu milik perlu diperluas dengan titik harga setara dengan kenderaan seperti Proton Saga, Iris serta Perodua Bezza, Axia dan Myvi bagi memperluas penggunaanya dalam negara.
Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin mencadangkan, pemberian insentif pelaburan dan pinjaman berfaedah rendah kepada pemain di rantaian pembekalan pengeluaran komponen dan EV mampu milik.
"Dari segi pengimportan EV... EV mampu milik kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan kenderaan import sepenuhnya (CBU) sepatutnya menikmati insentif lebih baik berbanding EV mewah.
"Dengan ini kita boleh menggalakkan pengimport kereta dan membawa lebih banyak pilihan atau jenis EV mampu milik ke Malaysia," katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat di sini.
Kerajaan juga perlu proaktif meningkatkan jumlah stesen pengecas EV memandangkan jumlahnya kurang dari 2,000 unit.
Angka itu jauh daripada sasarannya iaitu 10,000 stesen ditetapkan kerajaan menjelang 2025.
(Yeo Bee Yin)