KUALA LUMPUR, 19 Oktober- Gempa bumi sederhana telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 2:58 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 48 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 87 km selatan dari Bislig, Filipina.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

(FOTO METMALAYSIA)