fb fb fb fb fb

PM tiba di Riyadh untuk Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab & Islam

Foto facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

RIYADH, 11 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi membawa mandat dan suara rakyat Malaysia dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam.

Persidangan tersebut akan memberi fokus kepada serangan dan kekejaman berterusan rejim Zionis Israel ke atas warga Palestin dan Lubnan.

Datuk Seri Anwar menerusi hantaran di facebook memaklumkan selepas selesai Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam, beliau akan kembali semula ke Kaherah bagi menyambung beberapa rencana yang telah disusun awal bersama delegasi Malaysia dan Mesir.

"Doakan usaha Malaysia dipermudahkan demi saudara kita yang sedang ditindas, Insya-Allah", katanya.

ROSLINA BINTI DIN