fb fb fb fb fb

PM Thailand selesai lawatan sulung ke Malaysia

(Srettha Thavisin dan Mohamad Alamin)

SEPANG, 12 Oktober- Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin berlepas ke Singapura bagi meneruskan lawatan kerja ke negara republik itu selepas selesai lawatan kerja ke Malaysia. 

Beliau tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.00 pagi, diiringi Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Duta Besar Thailand ke Malaysia, Lada Phumas.

Lawatan kerja sulung Srettha ke Malaysia selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Thailand pada 5 September lalu telah berjaya mencapai kata sepakat dalam penubuhan jawatankuasa khas peringkat tertinggi.

Ia antara lain bagi mempertingkatkan kerjasama dalam beberapa bidang berkepentingan termasuk memperkasa bidang pertanian, pelancongan, keselamatan, perdagangan dan perniagaan, serta industri halal.

(Srettha Thavisin)

Berita berkaitan:
Malaysia-Thailand sepakat tubuh pasukan petugas, perkukuh hubungan
Malaysia-Thailand perkukuh pelaburan, keselamatan
PM Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan kerja
Srettha Thavisin hadir Majlis Makan Malam di Kompleks Sri Perdana

Media Baharu