fb fb fb fb fb

Suami isteri maut dalam nahas di Lebuhraya Utara-Selatan

FOTO IPD BATU PAHAT

BATU PAHAT, 16 Mac– Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer 128.3, Lebuhraya Utara-Selatan berdekatan Yong Peng, Batu Pahat, kira-kira jam 6.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani dalam kenyataan media memaklumkan, kemalangan berlaku ketika kedua-dua kenderaan dalam perjalanan dari arah selatan sebelum kereta dipandu mangsa, Shahrul Nizam Mohd Ali, 24 tahun, hilang kawalan dan melanggar penghadang besi.

SUV yang datang dari arah sama gagal mengelak lalu merempuh kenderaan mangsa.

Akibat kemalangan itu, Shahrul Nizam dan isterinya, Norsuhada Kartika Razak, 23 tahun, mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang turut terlibat dilaporkan cedera.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE