fb fb fb fb fb

Penggantungan MYAirline, MAVCOM sedia saluran khas bantu pengguna terjejas

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober - Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyediakan talian dan saluran khas khusus bagi penumpang yang terjejas susulan penggantungan operasi MYAirline hari ini.

MAVCOM memaklumkan, pengguna yang telah membeli tiket bagi penerbangan dari 12 Oktober 2023 dan selanjutnya boleh mengemukakan sebarang pertanyaan dan bantuan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

(FOTO HIASAN)

"Pengguna terjejas yang ingin mengemukakan sebarang aduan boleh menghubungi hotline +1800-18-6966 (dalam Malaysia) dan +603-7651 2777 (luar negara) atau menerusi e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

"Sebagai alternatif, pengguna juga boleh membuat aduan melalui borang aduan FlySmart atau aplikasi mudah alihnya yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store dan Apple App Store," kata MAVCOM menerusi kenyataan.

MAVCOM turut menegaskan agar MYAirline bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik kepada penumpang yang terjejas.

MYAirline juga kata MAVCOM turut diarahkan supaya memaklumkan penggantungan operasinya kepada penumpang menerusi pelbagai saluran komunikasinya dengan segera.

"Jualan dan tempahan tiket juga harus dihentikan serta merta sehingga notis lanjut," kata MAVCOM.

Sementara itu, MAVCOM juga akan menjalankan siasatan berdasarkan semakan dalaman dan aduan yang diterima termasuk mengenai pembayaran mengikut statut tertentu yang telah ditetapkan tidak dijelaskan kepada pekerja.

MAVCOM berkata sebarang perkembangan terkini mengenai operasi syarikat tersebut akan dimaklumkan dari masa ke masa.

 

Berita Berkaitan:MYAirline gantung operasi berkuat kuasa hari ini

Media Baharu