fb fb fb fb fb

PM terima sambutan rasmi kerajaan Turkiye di Istana Presiden

ANKARA, 7 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima sambutan rasmi kerajaan Turkiye di Istana Presiden, Ankara.

Ketibaan beliau disambut oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan.

Sebaik tiba, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan diikuti tembakan meriam 21 das.

Perdana Menteri, seterusnya memeriksa kawalan kehormat Angkatan Tentera Turkiye sebelum diperkenalkan kepada barisan ahli kabinet republik itu.

Kedua-dua pemimpin kemudian mengadakan perbincangan empat mata dan mesyuarat rasmi antara delegasi Malaysia dan Turkiye.

Ini merupakan pertemuan sulung Datuk Seri Ismail Sabri dan Erdogan.

Sebelum ke Istana Presiden, Perdana Menteri melawat memorial Presiden pertama Turkiye, Mustafa Kamal Ataturk di Anitkabir, Ankara.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan)

Menerusi lawatan rasmi em Perdana Menteri di Turkiye, perbincangan dua hala yang produktif dapat selain turut meraikan ulang tahun ke-58 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Ia bertepatan dengan usaha memperkukuh serta meningkatkan hubungan dan kerjasama Malaysıa-Turkiye ke tahap lebih komprehensif dan strategik.

Pertemuan empat mata yang berlangsung selama satu jam itu berjaya mencapai tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani kedua pemimpin.

Di samping itu, isu keselamatan makanan yang kian meruncing akibat pandemik COVID-19 turut dibincangkan malahan kini menjadi semakin kritikal ekoran konflik di Ukraine.

Dalam konteks ini, Malaysia dan Turkiye bersetuju untuk bekerjasama bagi memastikan rantaian bekalan makanan sentiasa mencukupi dan stabil.

Dalam aspek perdagangan pula, kedua-dua negara kini berada dalam pusingan akhir perluasan skop Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Turkiye yang meliputi bidang-bidang baharu seperti pelaburan, perkhidmatan dan e-dagang.


(Delegasi Malaysia diketuai Perdana Menteri dalam lawatan rasminya melawat memorial Presiden pertama Turkiye, Mustafa Kamal Ataturk di Anitkabir, Ankara)

Pada masa ini, pelaburan utama Malaysia dı Turkiye meliputi sektor kesihatan, tenaga dan sebagai pengendali operasi lapangan terbang.

Antara lain yang menjadi fokus perbincangan adalah potensi Turkiye meningkatkan import minyak sawit dan sokongan kemanusian yang berterusan terhadap bumi Palestin.

Kedua-dua negara bersama akan terus menyelaras usaha ke arah menamatkan pendudukan rejim zionis dan merealisasikan Palestin sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Media Baharu