fb fb fb fb fb

PM terima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon

TOKYO, 24 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Perubatan dari Universiti Nihon, antara universiti swasta terkemuka dan tertua di Jepun.

Anugerah itu sebagai mengiktiraf usaha dan sumbangan Perdana Menteri dalam memerangi pandemik COVID-19.

Perdana Menteri menerima anugerah berkenaan daripada Presiden Universiti Nihon, Dr Naoto Kao, ketika mengadakan lawatan kerja rasmi ke Jepun selama enam hari.


(Perdana Menteri menerima anugerah daripada Presiden Universiti Nihon, Dr Naoto Kao)

Menyatakan penghargaannya menerima anugerah berkenaan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata anugerah itu bukan hanya untuknya tetapi buat seluruh Keluarga Malaysia yang bersatu hati bersama-sama kerajaan menghadapi pandemik COVID-19.

"Semua itu dicapai hasil strategi kesihatan yang berkesan dan pelaksanaan kawalan pergerakan serta sokongan penuh daripada rakyat," katanya di sini.

Menurutnya, Malaysia juga diiktiraf antara negara terbaik menangani pandemik COVID-19 oleh beberapa agensi seperti Bloomberg dan Nikkei.

BERITA LAIN LAWATAN PM KE JEPUN
*Integrasi ekonomi serantau, kerjasama pascapandemik fokus kunjungan PM ke Jepun
*Lawatan kerja rasmi PM ke Jepun, perkukuh hubungan diplomatik 65 tahun 
*Malaysia minat pelajari pengurusan terbaik Bandar Itabashi, Tokyo - PM

Media Baharu