fb fb fb fb fb

12 pemain industri dan persatuan penternak beri jaminan bekalan ayam mencukupi

KUALA LUMPUR, 24 Mei- Pihak industri ayam memberi jaminan ladang-ladang mereka akan terus membekalkan ayam untuk keperluan pasaran tempatan.

Komitmen itu dinyatakan 12 pemain industri dan persatuan penternak dalam sesi libat urus bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

MAFI dalam satu kenyataannya memaklumkan, kementerian mengambil maklum terhadap semua isu dibangkitkan yang menjejaskan operasi seterusnya memberikan kesan kepada bekalan ayam.

(Foto hiasan/BERNAMA)

Pada pertemuan itu isu berkaitan pemberian subsidi ayam melalui Jabatan Veterinar Malaysia (DVS) kepada penternak juga dibincangkan.

Justeru, DVS akan terus mempermudah dan mempercepatkan proses tuntutan subsidi penternak ayam bagi merancakkan aktiviti pengeluar makanan ke arah meningkatkan pengeluaran domestik.

Sebelum ini, MAFI telah mempermudahkan prosedur permohonan bagi mempercepatkan pembayaran subsidi kepada penternak ayam.

Tindakan juga sedang diambil dengan mobilasi lebih banyak pegawai ke peringkat negeri bagi segerakan semakan permohonan.

Media Baharu