fb fb fb fb fb

Singapura dapatkan bekalan ayam daripada sumber alternatif

SINGAPURA -24 Mei Singapura akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk meminimumkan kesan kekurangan bekalan berikutan tindakan Malaysia menghentikan sementara eksport ayam.

Menurut kenyataan Singapore Food Agency (SFA), antara langkah yang akan diambil ialah mengaktifkan rantaian bekalan bagi meningkatkan import ayam sejuk daripada sumber alternatif, meningkatkan import ayam sejuk beku daripada pembekal bukan Malaysia, atau mengambil daripada stok ayam itik.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin mengumumkan, eksport sehingga 3.6 juta ekor ayam akan dihentikan mulai 1 Jun sehingga harga ayam dan pengeluaran stabil.

Tindakan itu sebagai langkah jangka pendek bagi mengatasi isu bekalan dan harga ayam.

Menurut SFA, walaupun mungkin berlaku gangguan sementara pada bekalan ayam sejuk, pilihan ayam sejuk beku masih ada untuk mengatasi kekurangan.

(Singapura cuba minimumkan impak bekalan dari Malaysia)

Kira-kira 34% daripada import ayam Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia.

Hampir kesemuanya diimport dalam bentuk ayam hidup yang disembelih dan disejukkan di Singapura.

Media Baharu