fb fb fb fb fb

PM terima Darjah Kebesaran Kelantan

Foto facebook Anwar Ibrahim

KOTA BHARU, 1 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Darjah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) hari ini.

Penganugerahan darjah kebesaran itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian petang tadi.

Datuk Seri Anwar ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis penganugerahan darjah kebesaran berkenaan.

Darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Perdana Menteri tersebut yang membawa gelaran Datuk.

Kurniaan itu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-55.

Terdahulu, dilaporkan Datuk Seri Anwar mendahului senarai 763 penerima darjah kebesaran negeri Kelantan.

Penerima tunggal bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

ROSLINA BINTI DIN