fb fb fb fb fb

PM temui KMF, serah al-Quran terjemahan dua bahasa

Anwar Ibrahim (kiri) bersama wakil Persekutuan Muslim Korea dalam satu pertemuan di Seoul hari ini/RTM

SEOUL, 26 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat Islam Korea Selatan daripada Persekutuan Muslim Korea (KMF) di sini.

Pertemuan yang berlangsung selama kira-kira 30 minit itu turut melibatkan Presiden KMF, Hussein Kim Dong Eok dan menyaksikan Perdana Menteri menyerahkan naskhah al-Quran dengan terjemahan Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea untuk kegunaan badan tersebut.

KMF merupakan organisasi rasmi yang diiktiraf sebagai badan induk mewakili komuniti Islam di Korea Selatan.

Sementara itu, Perdana Menteri dijadualkan menyampaikan syarahan umum khas bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul (SNU) di sini pada pukul 3.00 petang waktu tempatan nanti.

Syarahan itu dijangka dihadiri pelbagai tetamu jemputan termasuk penuntut dari Malaysia, komuniti tempatan dan antarabangsa, ahli akademik, penyelidik, serta pengurusan tertinggi universiti.

SITI AISHAH MD ISA