PUTRAJAYA, 11 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunaikan solat Jumaat bersama lebih 500 jemaah di Surau Ar-Rahim, Presint 15, Putrajaya, tengah hari tadi.
Solat Jumaat tersebut diimami oleh Mohd Saiful Asyraf Shahril Bahrin, yang turut menyampaikan khutbah bertajuk "Mengimani Qadar, Rahsia Berjiwa Besar".
Khutbah mengingatkan bahawa mengimani takdir Ilahi merupakan asas penting dalam membina jiwa mukmin yang sabar, kuat dan tenang.
Iman kepada takdir tidak membunuh usaha, bahkan membentuk keyakinan seimbang antara ikhtiar dan tawakal, antara perancangan dan ketentuan, serta antara usaha dunia dan persiapan akhirat.
Usaha tetap dituntut, namun natijahnya diserahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.