fb fb fb fb fb

PM solat Jumaat di Masjid Tengku Sarafuddin Badlishah

PADANG TERAP, 2 September- Selepas menghadiri “Kenuri Rakyat” Keluarga Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Sarafuddin Badlishah, Kampung Pulau Kijang, Kuala Nerang.

Perdana Menteri diiringi Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim serta pimpinan negeri dan Persekutuan.

Selesai menunaikan solat Jumaat, Perdana Menteri meluangkan masa beramah mesra bersama Jemaah.

(Datuk Seri Ismail Sabri meluangkan masa beramah mesra bersama Jemaah)

Selain ramah mesra, Jemaah yang hadir tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan ber”selfie” bersama Perdana Menteri.

Terdahulu, Ketika menghadiri program “Kenuri Rakyat” Keluarga Malaysia @ Padang Terap, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima kejutan daripada adik Haziq.

Haziq yang pernah tular sebelum ini ekoran gayanya seakan wartawan ketika menyampaikan laporan berita menunaikan janjinya untuk menyediakan kuih Donut kepada Perdana Menteri.*

Perdana Menteri yang baru selesai memberi ucapan didatangi Haziq yang membawa kuih Donut khas kepada beliau.

Media Baharu